tag:blogger.com,1999:blog-2658496584212065642024-03-13T11:09:35.066-07:00HAFIMI HUZINHAFIMI HUZIN - NOVELIS 'SATU-SATUNYA CINTA'(ALAF 21)Hafimi Huzinhttp://www.blogger.com/profile/10710661356426786897noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-265849658421206564.post-25527791756599251882012-05-05T04:16:00.003-07:002012-05-05T11:09:26.895-07:00CERPEN: 'Hanya Kerana Tahi Lalat' by Hafimi Huzin

“Ni lah jantan bodoh
yang tolak tuah tu. Aku sendiri tak faham kenapa dia tak jadi nak rogol aku
malam tu. Perempuan kampung tu jugak yang jadi mangsa nafsu serakah dia.
Padahal jantan-jantan lain kalau tengok aku sampai macam nak tersembul biji
mata diorang tau! Ishhh... Pelik
betul aku!” Rinsya yang tegak berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh, dengan
wajah angkuhnya selamba saja dia melemparkan akhbar di tangannya ke atas meja
rakan setugasnya, Firah Annur... yang lebih mesra dengan nama Fyra. <o:p></o:p>

Sewaktu sahabatnya
Fyra sedang tekun meneliti artikel yang tersiar pada muka hadapan tersebut,
Rinsya pula menanti sambil bermain-main dengan rambut ikalnya yang keperangan
itu. Rahangnya kelihatan bergoyang-goyang mengunyah gula-gula getah di dalam
mulut.<o:p></o:p>

Berkerut-kerut dahi
Fyra sewaktu menghadam berita tersebut. Bukannya dia terkejut meskipun
kemarahannya akan sentiasa meluap-luap setiap kali dihidangkan dengan berita
sebegitu. Bayangkanlah... sudah lebih 5 tahun dia bergelumang dengan dunia
kewartawanan. Berita-berita sebegini terutamanya yang berkaitan dengan kes
rogol seperti sudah basi untuk membuatkan dia terkejut. Dia sudah muak dengan
berita-berita sebegini. Namun, perasaan simpati dan kasihan itu masih wujud,
masih sama seperti sebelum dia bergelar wartawan lagi.<o:p></o:p>

Cuma.... seperti
Rinsya, dia juga hairan sebenarnya. Walaupun dakwaan Rinsya sekejap tadi
kedengaran begitu angkuh, namun dia sendiri sebenarnya turut berkongsi perasaan
yang sama dengan sahabatnya itu.<o:p></o:p>

Aneh sungguh... Kalau
diperhatikan, perempuan yang menjadi mangsa rogol kepada suspek tersebut
tidaklah cantik rupa parasnya. Bertudung dan menutup aurat pulak tu! Mukanya pula agak penuh dengan jerawat. Sekadar sedap
mata memandang jika dibandingkan dengan Rinsya yang begitu sempurna sekali rupa
parasnya. Bertubuh tinggi lampai persis seorang model. Kulitnya pula cerah bak
putih telur. Mata bundarnya yang kelihatan bersinar-sinar itu sahaja sudah
cukup untuk menggoyahkan keimanan mana-mana lelaki. Itu belum lagi kalau
dipandang bibir merah basahnya yang terbentuk cantik itu.<o:p></o:p>

Fyra mendongakkan
kepalanya memandang Rinsya. Dia sudah tidak berminat lagi untuk menatap akhbar
di atas mejanya itu. Dia hanya mahukan penjelasan daripada Rinsya. Dia
betul-betul nak tahu... mengapa tidak Rinsya yang menjadi mangsa? Mengapa si
tertuduh menolak Rinsya daripada menjadi ‘lauk’nya dan memilih perempuan
bertudung yang bernama Syamila, yang tidak cantk rupa parasnya itu? Apa
sebenarnya niat si perogol?<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

IMBAS
KEMBALI...<o:p></o:p>

MALAM itu, seperti yang diamanahkan, Rinsya ditugaskan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan artikel yang sedang dikumpulnya. Dia sepatutnya ke kawasan
banglo tinggal itu bersama-sama dengan Fyra. Namun memandangkan Fyra ketika itu
masih berada di kampung atas ‘cuti pelepasan’ neneknya yang baru meninggal
dunia, jadi terpaksalah dia melakukannya seorang diri.<o:p></o:p>

Gadis kacukan Inggeris
sorang ni memang berani! Atas faktor
itulah dia tidak memilih untuk menjadi model mahupun pramugara meskipun peluang
dalam kerjaya itu lah yang paling banyak ditawarkan kepadanya.<o:p></o:p>

Cukup dengan kamera
SLR yang digantung pada lehernya, Rinsya melakukan tugasannya dengan begitu
sempurna sekali. Hanya 15 minit diperlukan. Siap! Dia bersedia untuk pulang ke
rumah.<o:p></o:p>

Darah kering betullah
perempuan ni! Sewaktu dia shoot beberapa
keping gambar tadi pun, dahinya langsung tidak berkerut. Wajahnya juga tidak
membayangkan rasa cemas dan takut. Buktinya, setitis peluh pun tidak tumpah
dari atas dahinya. Sedangkan kalau diperhatikan kawasan banglo tersebut,
sesiapa sahaja akan tegak berdiri bulu romanya. Halamannya sahaja penuh
bertaburan daun-daun kering. Belum dilihat keadaan bangunan itu sendiri yang
mana sebahagian besarnya telah ‘lumpuh’ dimamah lumut. Bahagian tingkap pula
sudah tertutup dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang akarnya tertanam entah dari
mana. Sesekali turut kedengaran bunyi yang pelik-pelik. Menyeramkan sungguh!<o:p></o:p>

Lebih menyeramkan lagi
apabila dia terpaksa melalui satu lorong sempit untuk mendapatkan keretanya
yang hanya dapat diparkir agak jauh juga dari banglo misteri tersebut. Lebih
mengagumkan, Rinsya masih menayang riak selamba pada wajahnya. Langkahnya juga
dihayun selamba mengikut gerak-tubuhnya. Tidak pula dia kelihatan seperti
berjaga-jaga dalam setiap langkahnya. Bahkan, dalam keadaan gelap begitu,
sempat pula dia membelek-belek gambar yang berjaya ditangkapnya tadi menerusi
skrin kamera yang berada di dalam genggamannya.
<o:p></o:p>

Dalam keadaan dia
sedang ralit itulah tangannya direntap tiba-tiba sehingga terlepas kamera dari
tangannya. Berderau darahnya apabila sebaik sahaja dia menoleh, dia terus
terpandangkan sepasang mata yang sedang mencerlung ganas wajahnya seperti ingin
disiat-siat. Beberapa kesan luka seperti bekas torehan pada wajah bengis itu
benar-benar menakutkannya. Begitu juga dengan jambang lebatnya yang langsung
tidak terurus itu. Gigi yang digerit kuat hingga menggeletar rahangnya, membayangkan
lagi betapa ganasnya lelaki itu...<o:p></o:p>

*******************<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

“KAU tahu Fyra... Dia
cengkam leher aku ni kuat sangat sampaikan aku langsung tak boleh nak bernafas
waktu tu. Tapi yang buat aku pelik sampai sekarang ni... masa dia cengkam leher
aku, dan bila dia ternampakkan aje tahi
lalat kat leher aku ni, dia terus lepaskan aku. Dia seperti takutkan sesuatu.
Dia pandang aku macam pandang hantu. Hurmm...
Aku rasa dia tu ada masalah mental la, Fyra.” Rinsya mengusap-usap tubuhnya.
Seram sejuk dibuatnya bila diingat kembali bagaimana si perogol tersebut cuba
menggomol lehernya. Anehnya, niat lelaki tersebut merogolnya terus terbatal
sebaik sahaja terpandangkan tahi lalat pada pangkal lehernya yang sentiasa dan
sengaja dibiarkan terdedah itu. Lelaki itu terus menolaknya jauh-jauh
seolah-olah dirinya waktu itu adalah seekor ular berbisa. Tak pun mungkin
perogol tu tengok aku ni ada rupa Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam
tak? Tu yang dia takut tu agaknya. Padahal dia tak tahu... aku ni memang ada
iras-iras Maya Karin pun! Sempat pula Rinsya memain-mainkan perkara yang
sepatutnya dianggap serius itu. Perempuan ni memang selamba habis. Semua benda
dia anggap mainan! <o:p></o:p>

“Lepas lelaki tu
lepaskan kau? Kau buat apa?” Ada baur curiga dalam getar suara Fyra. Namun,
sedaya upaya dia cuba menyembunyikan rasa curiga itu pada riak wajahnya.
Takkanlah lelaki tu boleh terbatal niatnya sedangkan peluang sudah ada di depan
mata? <o:p></o:p>

“Lepas tu aku lari
la...” Acuh tak acuh saja Rinsya menjawab.<o:p></o:p>

Fyra ternyata tidak
berpuas hati dengan jawapan yang dikira tidak kukuh dan konkrit itu.<o:p></o:p>

“Habis tu... macam
mana kau boleh tahu lelaki tu dah rogol arwah Syamila, budak perempuan kat
surat khabar ni?” Fyra mengangkat akhbar dari atas mejanya seraya dia
membuai-buaikannya di hadapan Rinsya. Keningnya ikut terjongket-jongket.
Suaranya sengaja ditekan dan ditinggikan sedikit. Seperti sengaja ingin
menakut-nakutkan sahabatnya itu.<o:p></o:p>

Rinsya memasang wajah
kelat. “Kau ni macam tak yakin aje dengan aku.” Kemudian dia menghempaskan
sebuah keluhan.<o:p></o:p>

“Lepas aku larikan
diri, kebetulan waktu tu aku ternampak arwah Syamila sedang tergesa-gesa
berlari dalam lorong yang sama. Dia macam takutkan sesuatu. Tapi aku langsung tak
tahu apa yang dia takutkan. Sehinggalah lelaki bangsat tu rentap tangan arwah
Syamila. Dia cekik leher arwah, dia tekup mulut arwah sampai arwah tak dapat
nak bernafas. Kemudian, dia bawa arwah jauh ke dalam semak... Waktu tu... Waktu
tu, aku dah tak nampak apa-apa lagi dah, Fyra. Aku terus cabut dapatkan kereta
aku. Aku call polis tapi malangnya...
semuanya dah terlambat, Fyra...” Kedengaran sesak dada Rinsya sewaktu dia
menerangkannya. Cemas wajahnya bila mengingatkan peristiwa ngeri itu.<o:p></o:p>

“Cuma aku yakin, ada
hikmahnya semua ni, Fyra. Mungkin kau pun boleh jadikan pengajaran.”<o:p></o:p>

Fyra yang masih
tertunduk bingung, lekas mendongakkan kepalanya. Bulat matanya menagih
penjelasan dari sahabatnya itu. Pengajaran apa yang dimaksudkan oleh Rinsya?<o:p></o:p>

Rinsya yang faham
maksud kerutan pada dahi Fyra sekadar tersenyum tawar. Di dalam hati, dia
mengejek sebenarnya.<o:p></o:p>

“Pengajaran yang aku
maksudkan, lepas ni kau tak bolehlah nak judge aku sesuka hati macam sebelum ni.
Sekarang dah terbukti kan. Jantan-jantan sekarang ni dah tak kira perempuan
bertudung ke, perempuan seksi ke, hodoh cantik semua belakang kira. Semua
diorang bedal! Silap-silap pondan pun diorang lenjan sekali!” <o:p></o:p>

Puas hati Rinsya.
Selama ni, Fyra memang tak sudah-sudah mengingatkan dia tentang batas-batas
aurat yang perlu dijaganya. Nak termuntah bila hampir setiap hari dia
disumbatkan dengan nasihat yang hampir serupa. Sekarang, tengoklah apa yang dah
jadi? Arwah Syamila yang bertudung, yang muka hodoh tu jugak yang kena rogol, yang kena bunuh hidup-hidup! Aku yang seksi
ni, yang orang selalu kutuk-kutuk macam lah diorang bagus sangat... Tak ada
pula aku mati kena rogol! Hidup kat dunia ni, hati kena baik. Itu yang penting.
Arwah Syamila tu mesti hati dia busuk. Tu yang mati dalam keadaan memalukan tu!<o:p></o:p>

Amboi... sesedap mulut
dia aja mengata arwah Syamila tu berhati busuk. Yang dia bersangka buruk pada
orang yang dah meninggal dunia tu, baik sangatlah tu?<o:p></o:p>

Fyra sedari tadi hanya
mendiamkan diri. Menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak. Dia kelihatan semakin
bingung. Semakin dia cuba mencari jawapannya, semakin berselirat pula
persoalan-persoalan yang bermain di benaknya.<o:p></o:p>

‘Apa sebenarnya niat
perogol tu? Kenapa tidak Rinsya yang menjadi mangsanya? Kenapa si perogol
memilih arwah Syamila sebagai ‘lauk’nya? <o:p></o:p>

Arwah Syamila pula...
Apakah arwah sedang cuba melarikan diri dari seseorang waktu tu? Macam mana dia
boleh berada di kawasan lorong sempit tersebut lewat malam begitu? Dan mengapa
arwah seperti tergesa-gesa melarikan dirinya dari sesuatu sehinggakan akhirnya
dia terpaksa menjadi mangsa kepada perogol tersebut? Takkanlah semua itu hanya satu
kebetulan? Mesti ada hubungkaitnya dengan Rinsya!<o:p></o:p>

********************<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

PETANG itu, Rinsya
sekali lagi dipanggil pihak polis untuk disoalsiasat. Fyra bertegas ingin ikut
sama. Sebolehnya, dia ingin mendapatkan segala jawapan bagi menjawab kecelaruan
yang mengasak fikirannya. Biarlah tak ada satu persoalan pun yang tertinggal!<o:p></o:p>

Atas ‘tiket’ dan pas kewartawanan,
mereka berdua berjaya ‘memujuk’ untuk bersemuka dengan perogol dan pembunuh
arwah Syamila itu.<o:p></o:p>

Memandangkan Rinsya
seperti tidak berminat, Fyra yang tidak mahu membuang masa terus mengajukan
soalan. Itupun setelah dia beberapa kali menelan air liurnya. Cuak juga
bertentang mata dengan lelaki berwajah bengis di hadapannya ini walaupun mereka
telah dipisahkan oleh satu kepingan jernih yang diletakkan di tengah-tengah
sebagai pemisah.<o:p></o:p>

“Errrr... Ermm... Boleh saya... Boleh saya tahu kenapa malam tu cik
tak rogol kawan saya ni?” Begitu berhati-hati sekali dia menyusun ayat walaupun
soalan yang diajukannya itu kedengaran seperti tidak relevan.<o:p></o:p>

Lelaki di hadapannya
itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Sebagaimana yang pernah dirasakan oleh
Rinsya pada malam itu, begitu jugalah yang dirasakan oleh Fyra saat ini.
Berderau darahnya sebaik terpandangkan wajah bengis yang terdapat kesan luka
dan torehan itu. Lebih menyeramkan tentulah matanya yang mencerlung ganas itu.
Dan yang mengejutkan, tentulah jawapan yang keluar dari bibir si perogol
tersebut!<o:p></o:p>

*********************<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

“AKU tak rogol kawan
kau sebab tahi lalat yang ada pada leher dia tu!” <o:p></o:p>

Fyra terkejut, sehingga
terlopong. Maknanya, benarlah seperti yang didakwa oleh Rinsya, sahabatnya!<o:p></o:p>

“Tapi...tapi...” Dia
yang bingung kelihatan terlalu payah untuk meneruskannya. Berkerut-kerut
dahinya memikirkan kebernasan lewat pengakuan itu.<o:p></o:p>

“Kenapa dengan tahi
lalat tu?” Atas rasa ingin tahu, dia mendesak jua.<o:p></o:p>

Lelaki bengis tadi
mengeluh. Seperti berat beban yang terpaksa ditanggungnya. Agak lama juga Fyra
perlu menanti lelaki itu membuka mulutnya demi membongkarkan segala rahsia dan
persoalan yang menyesakkan.<o:p></o:p>

“Tahi lalat tu telah
mengingatkan aku pada arwah emak aku. Kebetulan agaknya... tahi lalat kat leher
kawan kau tu tempatnya terletak sama dengan tahi lalat dekat leher arwah mak
aku... Waktu tu, aku terus terbayangkan arwah mak aku. Dan sebab itulah... aku terus batalkan niat aku untuk rogol kawan kau ni!” <o:p></o:p>

Fyra dan Rinsya saling
berpandangan. Fyra sekadar tersenyum dan mula memikirkan hikmah di sebaliknya.
Sementara Rinsya pula, gadis kacukan ini terlopong mendengarkan pengakuan
tersebut. Hampir nak tersembul biji matanya!<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

*********************<o:p></o:p>

“SEKARANG kau dah
nampak kan, Rin? Sampai begitu sekali ALLAH menjaga dan melindungi kau walaupun
macam yang kau pernah cakap kat aku dulu, kau jarang sekali ikut suruhan dan
perintah DIA... Betapa besarnya nikmat
ALLAH... Betapa pengasihnya DIA pada hamba-hambanya sampaikan tanpa kita sedar,
dalam sekecil-kecil tahi lalat tu pun, ada nikmat dan hikmah yang begitu besar
tersembunyi di sebaliknya. Hanya kerana tahi lalat yang sebesar tahi hidung tu,
kau dah terlepas daripada menjadi mangsa rogol. Bukan itu aje, kau juga dah terselamat daripada dibunuh. Ya ALLAH... Besar
sungguh kuasaNYA... Begitu sekali ALLAH jaga aurat kau, Rin. DIA telah tanamkan satu permata yang sangat berharga pada leher kau. Mungkin sebab DIA mahu kau menjaga 'pemberianNYA' itu dengan baik. DIA mahu kau lindungi dan hargai permata itu dengan sebaik-baiknya supaya kau tidak sewenang-wenangnya mendedahkannya pada pandangan orang lain, pada mereka yang bukan semuhrim dengan kau...” Fyra memejam matanya rapat-rapat. Walaupun dia tidak
menghadapi situasi tersebut namun dia
turut dapat merasakan betapa besarnya rahmat ALLAH ke atas
hamba-hambaNYA...<o:p></o:p>

Rinsya mengangguk
lemah. Fikirannya masih menerawang mengingati kecelakaan yang berlaku pada
malam yang kalau boleh, langsung tidak ingin diingatinya!<o:p></o:p>

“Cuma aku terkilan.
Kesiannya dekat arwah Syamila tu... Dia bukan aje dirogol, tapi dibunuh! Kau
boleh bayangkan tak, Fyra?” Rinsya mengepal penumbuknya sekuat hati. Baru
sekarang hatinya dapat merasakan satu keinsafan yang tidak pernah dirasanya
selama ini. Sesal dan bengang bergenang-genang dalam lecak wajahnya.<o:p></o:p>

“Nak buat macam mana
Rin... Semuanya dah ditetapkan. Kita yang hidup ni sebolehnya jagalah baik-baik
maruah diri kita. Macam arwah Syamila tu...”<o:p></o:p>

“Kenapa dengan arwah?”
Dengan rasa teruja ingin tahu, Rinsya lekas-lekas menyelit.<o:p></o:p>

Fyra mengeluh. Sebak
pula hatinya ingin ‘bercerita’. Cerita sedih yang kalau boleh tidak ingin
diingatinya sampai bila-bila.<o:p></o:p>

“Sewaktu kejadian...
arwah sebenarnya sedang melarikan dirinya daripada menjadi mangsa rogol kepada
ayahnya sendiri.”<o:p></o:p>

Berderau darah Rinsya
lewat kenyataan itu. Sampai pucat seluruh wajahnya. Dia seperti sudah dapat
mengagak keseluruhan cerita yang akan disampaikan oleh sahabatnya itu.<o:p></o:p>

“Malam tu, ayah arwah
baru balik berjudi dalam keadaan mabuk. Walaupun arwah sedar tindakannya
melarikan diri hanya akan menamatkan riwayat hidupnya sendiri, arwah tetap
nekad demi maruah diri.. juga demi seorang ayah yang akan tetap disayangi.
Walaupun seorang yang bergelar ayah itu memiliki niat yang paling buruk buat
anaknya... Arwah seperti sanggup dirogol dan dibunuh oleh manusia lain asalkan
manusia itu bukanlah ayahnya. Begitu sekali arwah tidak mahu menyeksa ayahnya
yang kejam itu dengan segunung dosa.”<o:p></o:p>

Menggigil hingga seram
sejuk tubuh Rinsya mendengarnya. Bibirnya yang menggeletar menghalangnya untuk
terus mendesak tanya.<o:p></o:p>

“Aku tahu semua tu
dari paper hari ni.” <o:p></o:p>

Terketar-ketar tangan
Rinsya sewaktu menyambut naskhah akhbar yang dihulurkan oleh rakan setugasnya
itu.<o:p></o:p>

“Perogol tu memang
kejam! Jahanam! Bangsaaaaattttt!” Rinsya yang gagal mengawal kemarahan menjerit
bagaikan terkena histeria. Sekelip mata surat khabar di tangannya renyuk dan
hancur dikerjakannya. Habis segala kertas-kertas, fail-fail yang menimbun di
atas mejanya dicampak sesuka hatinya, termasuklah peralatan-peralatan tajam
yang agak berbahaya. Rinsya seperti sudah tidak waras!<o:p></o:p>

Sekelip mata sahaja
separuh badannya basah berpeluh-peluh. Mujurlah waktu itu, hanya mereka berdua
sahaja yang tinggal di dalam pejabat memandangkan mereka yang lain sudahpun
turun untuk makan tengah hari.<o:p></o:p>

“Kenapa dengan kau ni,
Rinsya? Apa kau dah gila ke?” Dalam takut-takut, Fyra ikut cemas. Dari duduk,
dia bangkit cuba meredakan sahabatnya itu.<o:p></o:p>

“Lelaki tu yang gila!”
Rinsya masih berterusan menempelak. Benci sungguh dia pada lelaki yang telah
merogol dan membunuh arwah Syamila itu. Lihat saja dari nafasnya yang turun
naik dan dadanya yang berombak ganas itu pun sudah boleh diagak betapa hebat
sekali dendamnya!<o:p></o:p>

Fyra terus merentap
pergelangan tangan Rinsya yang tergawang-gawang dengan sesekali menghentak dada
meja dengan hentakan yang kuat memekakkan telinga.<o:p></o:p>

“Dia tak gila, Rin.
Lelaki tu tak gila. Ya... Dia mungkin dah menzalimi arwah Syamila. Dia telah
berlaku kejam dan tak berlaku adil pada arwah. Tapi dia tak gila! Dia lebih
waras daripada manusia-manusia kejam yang lain. Sekurang-kurangnya, sewaktu
hatinya terlintas untuk lakukan perbuatan terkutuk, fikirannya masih terdetik untuk membayangkan wajah arwah ibunya. Buktinya... hanya dengan memandang tahi lalat pada leher kau tu, dia terus
ketepikan nafsu serakahnya yang membuak-buak ketika itu gara-gara waktu tu dia
terkenangkan arwah emaknya... Sedangkan kita? Sedangkan manusia-manusia lain?
Setiap kali kita melakukan kesilapan, cuba kita muhasabah diri kita sendiri...
Pernah tak akal fikiran kita terdetik atau teringatkan emak atau ayah kita
sewaktu kita terbabas melakukan perbuatan terkutuk? Pernah tak? <o:p></o:p>

“Jangan kata wajah mak
bapak kita, TUHAN kita yang kita selalu abaikan tu pun tak pernah terlintas kat
hati kita, dekat fikiran kita!”<o:p></o:p>

"Dan lelaki yang kau kata kejam itu juga sampai ke hari ini masih ingat dan masih simpan 'kenangan' tahi lalat pada leher arwah ibunya walaupun arwah ibunya sudah hampir 10 tahun pergi meninggalkannya. Itu tandanya dia selalu memandang wajah ibunya. Memandang yang bukan sekadar pandangan, tapi pandangan yang sarat dengan kasih sayang... Sedangkan kita bukan kata nak ingat tahi lalat, kerut yang menggambarkan penderitaan pada wajah ibu kita pun belum tentu kita akan ingat, belum tentu kita terfikir untuk 'membilang' garis-garis kerut yang melambangkan kesengsaraan ibu kita tu..."

Rinsya terdiam setelah
terpukul dengan kata-kata itu. Dengan matanya yang membulat, tercengang-cengang
dia merenung wajah sahabatnya yang sedang menahan marah itu. Akhirnya, dengan
kepala yang tertunduk perlahan-lahan, dia menangis teresak-esak bersama ingatan yang hinggap pada ibunya yang telah bertahun jatuh lumpuh... yang sudah berbulan-bulan tidak dijenguknya itu...<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Hafimi Huzinhttp://www.blogger.com/profile/10710661356426786897noreply@blogger.com12